Tuesday, March 25, 2014

Kelab Pengguna Sekolah?

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Kelab Pengguna Sekolah? 
Apa rasionalnya kelab ini ditubuhkan di sekolah? 
Apakah fungsi kelab ini?

Hah, pasti kawan-kawan semua nak tau kan?
Di sini kami bagi jawapannya.

Golongan pelajar merupakan kumpulan pengguna generasi baru (New Consumer Group) yang bakal mempunyai kuasa beli sendiri dan berupaya mempengaruhi permintaan serta penawaran barang dan perkhidmatan suatu hari nanti. Sehubungan dengan itu, salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah.

Masih belum puas hati dengan jawapan itu?
Dengan kata mudahnya,
kelab ini berfungsi sebagai pendedahan awal kepada remaja atau pelajar sekolah tentang hak pengguna dan pendidikan penggunaan bak kata perpatah, melentur buluh biar rebungnya.
Nanti bila kita semua dah meningkat dewasa kita boleh jadi pengguna yang bijak !

Sudah banyak aktiviti yang telah di rancang bagi menonjolkan dan menarik minat setiap pelajar supaya turut serta dalam kelab ini. Baru-baru ini Cabaran Interaktif Pengguna(CIP) telah diadakan mengikut negeri dan zon masing-masing. Program ini bukan sahaja menguji pengetahuan pelajar tentang kepenggunaan tetapi juga memupuk semangat berpasukan dan merapatkan lagi silaturahim sesama peserta.

Kawan-kawan semua boleh rujuk laman web - laman web yang berkaitan dengan kelab pengguna dan mengetahui aktiviti dan info yang terkini dari laman sesawang mereka. 

Antara laman sesawangnya adalah :-
dan

Kawan-kawan tau tentang Hari Pengguna Malaysia?
Mengikut sejarah, Pada 26 Julai setiap tahun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan Hari Pengguna Malaysia bersempena dengan pembentangan Akta Pelindungan Pengguna pada 26 Julai 1999. Acara sambutan ini telah dijalankan mulia 26 Julai hingga 1 Ogos setiap tahun.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi makluman mengenai Sambutan Hari Pengguna Malaysia yang disambut pada 26 Julai setiap tahun. Lebih daripada itu, program ini juga melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta dalam menjayakan program Hari Pengguna Malaysia ini.
Melalui program ini penganjur mengharapkan kesedaran dan penglibatan masyarakat pengguna supaya menyedari akan hak-hak mereka dan dapat mempraktiskannya secara berhemah. Dengan adanya kesedaran ini, dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan masyarakat pengguna bijak dalam segala aspek dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peniaga beretika. Keadaan ini akan membentuk sebuah negara yang makmur dan sejahtera.
Selain itu juga, objektif sambutan ini lebih memaparkan tanggungjawab kerajaan dan kementerian di dalam program pendidikan dan perlindungan pengguna. Persefahaman dan kerjasama yang erat antara pengguna, peniaga, kerajaan dan media massa di dalam aspek konsumerisme yang boleh membantu negara mencapai wawasan 2020.
FOMCA selaku penganjur akan menganjurkan tujuh (7) hingga lapan (8) program di peringkat nasional. Di antaranya ialah Pertandingan Mengarang Esei , Melukis Poster, Mewarna, Melukis Kartun, Folio dan "Scrap Book" untuk Kelab Pengguna Sekolah, Perbahasan Kepenggunaan antara Institusi Pengajian Tinggi dan Pertandingan Fotografi Pengguna. Semua pertandingan ini akan berlangsung selama empat (4) bulan. Manakala, Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan tersebut dijangkakan akan diadakan pada hujung Julai setiap tahun.
Pertandingan ini melibatkan sebilangan besar pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak pra sekolah, mahasiswa InstitutPengajian Tinggi dan masyarakat awam secara umumnya. Pihak penganjur mensasarkan lebih daripada 50,000 penyertaan daripada penglibatan semua pihak dalam ketujuh-tujuh pertandingan ini. Tujuan utama penganjuran program-program sempena Hari Pengguna Malaysia  ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kewujudan Hari Pengguna Malaysia serta memupuk semangat pengguna bijak di kalangan masyarakat. Ia juga bertujuan untuk melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan untuk turut serta dalam menjayakan Hari Pengguna Malaysia ini. Melalui peningkatan kesedaran dan penglibatan yang luas ini, diharapkan masyarakat akan menyedari akan hak-hak dan tanggungjawab mereka serta dapat mempraktiskannya dengan berhemat. Dengan wujudnya pengguna yang sedar akan hak-hak dan tanggungjawab mereka dan para peniaga yang beretika, maka ini dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur dan sejahtera.
Rentetan pada itu, pihak penganjur turut juga mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Hak Pengguna Sedunia. Hari Hak Pengguna Sedunia biasanya disambut pada 15 Mac setiap tahun.



Mahu sertai pertandingan-pertandingan itu?
Ada masa lagi ni.
Kawan-kawan boleh mendapatkan borang pada laman web itu sendiri iaitu
boleh dikatakan setiap pertandingan akan berakhir pada bulan Julai.
Jadi cepat-cepatlah kawan semua menyertainya. :)

Akhir kalam, SYUKRAN JAZILAN dan TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ! :)